Untuk makluman tuan/puan SDA telah berjaya mengadakan Majlis Gotong Royong pada 06/07/2013, Sabtu bernula jam 9.00 pagi semperna menyambut kedatangan Bulan Rmadhan.
Selain dari membersihkan surau, SDA juga menjalan kempen pemberitahuan mengenai kutipan bulanan tabung SDA mulai bulan Julai sebanyak RM10.00 bagi setiap rumah . Ini adalah bertujuan mengisi tabung SDA bagi menjayakan program-program yang telah dirancangkan sepanjag tahun ini.
Dalam mesyuarat AJK kali ke 2 SDA juga telah bersetuju menghantar surat penjelas dan borang mengemaskini maklumat ahli kariah SDA dari rumah ke rumah. Ini bertujuan segala maklumat/jemputan ke majlis dan program dari SDA akan sampai kepada ahli kariah melalui email, SMS malah melalui blog SDA dan sedang dalam pembinaan Facebook SDA.
Kempen ini akan diteruskan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancangkan. In sya Allah
AJK SDA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian dengan kebaikan.
Majlis : Gotong Royong SDA semperna menyambut bulan Ramadan
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh : 06/07/2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh : 06/07/2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA
Mohon maaf kerana mutu gambar kurang memuaskan dan banyak gambar hilang tak dapat dikesan (kamera ada masalah)
Berdiri : Pak Azizan AJK Biro Kebajikan sedang memberi taklimat mengenai borang Badan Kariat Kematian dari Masjid Putra Nilai (berkopiah putih Tn. Hj Jamal (Imam), Tengah : Ustaz Nik (Pengerusi) dan bertopi merah Pak Mejar (Bilal)
Pak Md Nor (kiri), Pak Ghaffar (tengah) dan Tn.Hj Jaafar (kanan) ..
antara jemaah yg tiba awal.. mesin rumput tak nak hidup.. terlalu sejuk..
Pak Kamaruddin (Bendahari)
Dengan rasminya kutipan Tabung bulanan (SDA) di terima dari penyumbang pertama
Raja Azizan sedang membuang rumput kelabu (kamera ada masalah)
Imam muda Suffian (USIM) salah seorang imam Tarawih SDA sepanjang bulan Ramadan
No comments:
Post a Comment