Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan 1436 H - Surau At Taqwa Menerima Tetamu

Assalaamu 'alaikum Warahmatullah,
Alhamdulillah..pada malam tadi, 1 Ramadhan 1436 H, surau At Taqwa Desa Anggerik (SATDA) buat pertama kali menerima ahli jamaah yang terdiri dari penduduk sekitar Desa Anggerik setelah surau ini membuat pengubahsuaian yang mengambil masa kira-kira 3 bulan.
Sambutan yang luar biasa ini diharapkan terus kekal hingga ke akhir Ramadhan. Moga-moga Allah s.w.t mengurniakan Rahmat, Maghfirah dan menjauhkan kita semua dari azab api neraka. Ameen

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS SOLAT TERAWIH