Sunday, July 7, 2013

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SEMPERNA MENYAMBUT BULAN RAMADAN PADA 06/07/2013.(SABTU,JAM 9.00 PG)

Assalammu'alaikum ,

Untuk makluman tuan/puan SDA telah berjaya mengadakan Majlis Gotong Royong pada 06/07/2013, Sabtu bernula jam 9.00 pagi semperna menyambut kedatangan Bulan Rmadhan.

Selain dari membersihkan surau, SDA juga menjalan kempen  pemberitahuan mengenai kutipan bulanan tabung SDA mulai bulan Julai sebanyak RM10.00 bagi setiap rumah . Ini adalah bertujuan mengisi tabung SDA bagi menjayakan program-program yang telah dirancangkan sepanjag tahun ini.  

Dalam mesyuarat AJK kali ke 2 SDA juga telah bersetuju menghantar  surat penjelas dan  borang mengemaskini maklumat ahli kariah SDA dari rumah ke rumah. Ini bertujuan segala maklumat/jemputan ke majlis dan program dari SDA akan sampai kepada ahli kariah melalui email, SMS malah melalui blog SDA dan sedang dalam pembinaan Facebook SDA. 

Kempen ini akan diteruskan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancangkan. In sya Allah

AJK SDA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian dengan kebaikan.

Majlis :  Gotong Royong SDA semperna menyambut bulan Ramadan
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh : 06/07/2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

Mohon maaf kerana mutu gambar kurang memuaskan dan banyak gambar hilang tak dapat dikesan (kamera ada masalah)


Berdiri : Pak Azizan AJK Biro Kebajikan  sedang memberi taklimat mengenai borang  Badan Kariat Kematian dari Masjid Putra Nilai (berkopiah putih Tn. Hj Jamal (Imam), Tengah : Ustaz Nik (Pengerusi) dan bertopi merah Pak Mejar (Bilal) 





Pak Md Nor (kiri), Pak Ghaffar (tengah) dan Tn.Hj Jaafar (kanan) .. 
antara jemaah yg tiba awal.. mesin rumput tak nak hidup.. terlalu sejuk.. 

Pak Kamaruddin (Bendahari)
 Dengan rasminya kutipan Tabung  bulanan (SDA) di terima dari penyumbang pertama 

 Raja Azizan sedang membuang rumput kelabu (kamera ada masalah)


Imam muda Suffian (USIM) salah seorang imam Tarawih  SDA sepanjang bulan Ramadan 

No comments:

Post a Comment