Tuesday, June 30, 2015

MAJLIS BERBUKA IHYA' RAMADHAN - AT TAQWA, OCSS, IKRAM DAN AQSA SYARIF


Pada 9hb Ramadhan 1436 H= 26hb Jun 2015 yang lalu telah berlangsung program Ihya' Ramadhan yang sungguh gilang gemilang yang dihadiri oleh hampir 500 orang ahli qariah Desa Anggerik dan sekitarnya. Majlis tersebut menjadi lebih meriah dengan kehadiran Y.bhg Prof Dato Dr Hassan Basri bin Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM yang baru melapor diri. Di dalam ucapan khas pada malam tersebut beliau berpesan kepada seluruh pada pelajar USIM agar sentiasa berdamping dengan surau-surau dan juga masjid kerana dengan itu akan menjadikan para pelajar sebagai jenerasi yang berjaya. Namun jika gagal mendampingi dan menghidupkan surau serta masjid maka para pelajar tersebut dianggap telah gagal dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar USIM yang dilihat sebagai pelajar yang berbeza dari pelajar di institut pengajian tinggi yang lain kerana semua para pelajar USIM adalah terdiri dari para pelajar aliran agama.
Pihak Surau At Taqwa Desa Anggerik (SATDA) merasa amat bangga kerana berjaya menggabungkan tiga lagi organisasi dari luar bagi menjayakan program 'MEGA' pada tahun ini. Penganjur bersama program ini ialah OCSS atau nama singkatan bagi Persatuan Pelajar Luar Kampus, USIM, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang bermurah hari menghulurkan bantuan kepada faqir miskin serta ibu tunggal berjumlah RM3,000 dan juga Aqsa Syarif, yang merupakan salah satu organisasi di Ikram yang membawa imam  yang berasal dari Palestin iaitu Imam Shadi.

Terima kasih kepada semua urusetia  dari pihak SATDA, OCSS, IKRAM  dan AQSA SYARIF yang bertugas siang dan malam bagi mempastikan kejayaan program yang dianjurkan.

Jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang dan sponsor program Ihya' Ramadhan kali ini. Moga Allah memberkati kehidupan kalian di dunia dan akhirat.


GAMBAR-GAMBAR SEKITA MAJLIS IHYA' RAMADHAN 1436 H = 2015 M