Sunday, July 21, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR PERDANA SURAU DESA ANGGERIK (SDA), PADA 27/07/2013 / 18 RAMADHAN 1434H (SABTU)

Assalammu'alaikum ,


Kepada semua ahli khariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir ke Majlis Iftar dan Tajkirah Perdana Surau Desa Anggerik (SDA)

Majlis : Iftar Perdana Surau Desa Anggerik (SDA)
Lokasi : Surau Desa Anggerik (SDA)
Tarikh : 27/07/2013 (Sabtu) bersamaan 14 Ramadhan 1434H
Masa :  Atur Cara

ATUR CARA :

10.00pg - Gotong Royong (Muslimin)
2.00 ptg - Gotong Royong memasak (Muslimah)
6.45 ptg - Ketibaan Jemaah
7.00 ptg - Tahlil Rinkas 
7.27 mlm - Berbuka Jamai'e (Ringan)
7.30mlm - Solat Maghrib 
7.40mlm – Jamuan Makan Malam (Buffet) 
8.40mlm - Solat Isyak 
8.00mlm - Solat Terawih /
              -  Tajkirah oleh Ustaz Hj. Mohd Ansarullah Bin Haji Mohd Hashim
                 (Ketua Penolong Pengarah,  Cawangan KAFA,JAKIM) /
               -Solat Witir 
3.00pgi - Qiamulail
5.00pgi - Sahur
6.05pgi - Solat Subuh

Semoga kita semua dapat bersama-sama menghidupkan malam di bulan Ramadhan yang barakah ini.

In Sha Allah

GAMBAR MAJLIS IFTAR & CERAMAH PERDANA SDA 1434H






















Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM AL QURAN, PADA 23/07/2013 (SELASA) / 14 RAMADHAN 1434H

Assalammu'alaikum ,


Kepada semua ahli Khariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir ke Majlis Khatam Al Quran SDA 2013  .




Peserta Tadarus SDA 2013

Dr. Misbah (USIM,) imam Terawih yg akan pulang ke Mesir bercuti.



Majlis : Khatam Al Quran
Lokasi : Surau Desa Anggerik (SDA)
Tarikh : 23/07/2013 (Selasa) bersamaan 14 Ramadhan 1434H
Masa : Selepas Solat Terawih

Atur Cara :

Selepas Solat Sunat Terawih

- Bacaan dari Surah 93 sehingga Surah 114 bersama-sama dan Doa Khatam Al Quran
- Penyampaian Cenderahati untuk peserta Tadarus
- Jamuan Ringan
- Bersurai

Semoga kita semua  dapat bersama-sama menghidupkan malam di Bulan Ramadhan yang barakah ini.

In Sha Allah

Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

Saturday, July 13, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT, PADA 18/07/2013 (KHAMIS)

Assalammu'alaikum ,

Kepada semua ahli Khariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa, Tahlil dan Doa Selamat Tn. Hj. Basri B Hj. Hamid dan Keluarga .







Majlis : Berbuka Puasa Tahlil dan Doa Selamat
Lokasi : Surau Desa Anggerik (SDA)
Tarikh :18/07/2013 (Khamis) bersamaan 9 Ramadhan 1434H
Masa : 6.45 Ptg

Atur Cara :

6.45ptg - Ketibaan Jemaah
7.00ptg - Tahlil Arwah
7.25ptg - Berbuka Puasa Jamai'e
7.40ptg - Solat Maghrib


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

Monday, July 8, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Atucara Di Bulan Ramadan 1434H SDA

  1. 7.25 ptg  - Berbuka  / Solat Maghrib di SDA
  2. 8.45 mlm - Solat Isyak berjemaah
  3. 8.55 mlm - Solat Taraweh (8 rakaat) / Witir (3 rakaat)
  4. Selepas Solat Taraweh - Tadarus Al Quran



Imam / Bilal Taraweh

  1. Dr Hj. Misbah (USIM)
  2. Imam Muda (SDA) Suffian
  3. Imam Muda (SDA) Mohd. Afif
AJK SDA

Sunday, July 7, 2013

CERAMAH KHAS : IHYA' RAMADAN OLEH DR. SAIF ADAWLA (USIM) PADA 08/07/2013, ISNIN SELEPAS SOLAT ISYAK

Assalammu'alaikum ,

Kepada semua Ahli Kariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir ke Ceramah khas : Ihya' Ramadan di SDA pada 08/07/2013, Isnin Selepas Solat Isyak.
DR. SAIF ADDAWLA MUHAMMAD NAYIR IDRIS
(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,USIM)



Majlis : Ceramah khas : Ihya' Ramadan
Penceramah : Dr. Saif Addawla Nayir Idris (Berasal dari Sudan, Pensyarah USIM, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah)
Penterjemah :Ustaz Nik Ismail (Pengerusi SDA)
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh: 08/07/2013 (Isnin)
Masa : Selepas Solat Isyak




Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

Ceramah : Rumah-rumah kami di bulan Ramadan pada 7/7/2013 selepas Solat Isyak

Assalammu'alaikum ,

Kepada semua Ahli Kariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir ke Ceramah Rumah-rumah kami di Bulan Ramadan di SDA pada 07/07/2013, Ahad Selepas Solat Isyak.

Majlis : Ceramah Rumah-rumah kami di  Bulan Ramadan
Penceramah : Ustaz Nik Ismail (Pengerusi SDA)
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh: 07/07/2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Isyak


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SEMPERNA MENYAMBUT BULAN RAMADAN PADA 06/07/2013.(SABTU,JAM 9.00 PG)

Assalammu'alaikum ,

Untuk makluman tuan/puan SDA telah berjaya mengadakan Majlis Gotong Royong pada 06/07/2013, Sabtu bernula jam 9.00 pagi semperna menyambut kedatangan Bulan Rmadhan.

Selain dari membersihkan surau, SDA juga menjalan kempen  pemberitahuan mengenai kutipan bulanan tabung SDA mulai bulan Julai sebanyak RM10.00 bagi setiap rumah . Ini adalah bertujuan mengisi tabung SDA bagi menjayakan program-program yang telah dirancangkan sepanjag tahun ini.  

Dalam mesyuarat AJK kali ke 2 SDA juga telah bersetuju menghantar  surat penjelas dan  borang mengemaskini maklumat ahli kariah SDA dari rumah ke rumah. Ini bertujuan segala maklumat/jemputan ke majlis dan program dari SDA akan sampai kepada ahli kariah melalui email, SMS malah melalui blog SDA dan sedang dalam pembinaan Facebook SDA. 

Kempen ini akan diteruskan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancangkan. In sya Allah

AJK SDA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian dengan kebaikan.

Majlis :  Gotong Royong SDA semperna menyambut bulan Ramadan
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh : 06/07/2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

Mohon maaf kerana mutu gambar kurang memuaskan dan banyak gambar hilang tak dapat dikesan (kamera ada masalah)


Berdiri : Pak Azizan AJK Biro Kebajikan  sedang memberi taklimat mengenai borang  Badan Kariat Kematian dari Masjid Putra Nilai (berkopiah putih Tn. Hj Jamal (Imam), Tengah : Ustaz Nik (Pengerusi) dan bertopi merah Pak Mejar (Bilal) 





Pak Md Nor (kiri), Pak Ghaffar (tengah) dan Tn.Hj Jaafar (kanan) .. 
antara jemaah yg tiba awal.. mesin rumput tak nak hidup.. terlalu sejuk.. 

Pak Kamaruddin (Bendahari)
 Dengan rasminya kutipan Tabung  bulanan (SDA) di terima dari penyumbang pertama 

 Raja Azizan sedang membuang rumput kelabu (kamera ada masalah)


Imam muda Suffian (USIM) salah seorang imam Tarawih  SDA sepanjang bulan Ramadan 

Thursday, July 4, 2013

Jemputan Majlis Nisfu Sya'ban di SDA pada 2/06/2013, Ahad Selepas Magrib.


Kepada semua ahli Khariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan d jemput hadir ke Majlis Nisfu Sya'ban di SDA pada 23/06/2013, Ahad Selepas Magrib.

Majlis : Majlis Nisfu Sya'ban
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Taikh : 23/06/2013 (Ahad)
Masa : Selepas SolatMagrib


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT, PADA 04/07/2013.(KHAMIS)

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT, PADA 04/07/2013.(KHAMIS)

Assalammu'alaikum ,


Kepada semua ahli Khariah Surau Desa Anggerik.

Tuan-tuan & puan-puan d jemput hadir ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat kursus untuk Tn. Hj. Aznan dan Keluarga.

Majlis : Tahlil dan Doa Selamat
Lokasi : Surau Desa Anggerik
Alamat :
Taikh : 04/07/2013 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Isyak


Sekian, Terima Kasih.
AJK SDA